Thursday, 29 December 2011

Memori Setahun ( Part 2) 2011 Dalam Kenangan

Mari ramai-ramai kita tolong tengok ya hehe
yeah tahun depan AADK Datang lagi ke sekolah kami ^_^ PIP

Biar Sekali Kita Gagal
Teruskan Usaha Untuk Kemenangan
Jangan Diucapkan Selamat Tinggal
Kerana Ia Satu Keperitan


hehe budak baru ni pelik sikit mmm hehe
Penduduk Kg Lubok Temiang  Nombor Satu Paling Happy Ini

Tuesday, 20 December 2011

Memori Setahun ( Part 1) 2011 Dalam Kenangan

Gotong royong khidmat komuniti : Kg Gersik Saguking
terima kasih penduduk kampung gersik tahun depan kami datang lagi  
chui @shamsuziman..selamat kembali ke sibu ^_^
Satu Malaysia!!!!!!!!!!!!!
Master Cheff..hehe 
En ali & team protokol sewaktu program TEKAD 2011 
Encik Hasri membuat pemeriksaan tekanan darah sewaktu program Mawaddah 2011 
Kak Noi..jasamu tetap kami ingat buat selamanya  hehehe
kirim salam dengan Dj RTM yer kak...hehe
Dalam ka nie geng..macam takut2 nie mo turun d bawah..




Hati sayu merenung malam
cengkerik dan unggas meneman diri
bertemu berpisah lumrah alam
pasti jadi satu memori

Wednesday, 7 December 2011

SKIM PERKHIDMATAN
PEMBANTU ANTIDADAH
Perbekalan dalam skim perkhidmatan ini adalah terpakai dan hendaklah dibaca bersama dengan perbekalan-perbekalan lain yang ditetapkan dalam Perbekalan Umum Skim Perkhidmatan.

KLASIFIKASI
:
PERKHIDMATAN SOSIAL DAN KEROHANIAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN
:
PELAKSANA
GRED GAJI/JAWATAN
:
S4-1, S4-3, S4-5
TARIKH KUAT KUASA
:
1 JANUARI 2012
SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S4-1: T1).
SYARAT KELAYAKAN
BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
PEPERIKSAAN BAGI
TUJUAN PENGESAHAN
DALAM PERKHIDMATAN
3. Pembantu Antidadah hendaklah lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan sebelum boleh dipertimbangkan untuk pengesahan dalam perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
KE GRED S4-3

4. Pembantu Antidadah Gred S4-1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Antidadah Gred S4-3 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
KE GRED S4-5

5. Pembantu Antidadah Gred S4-3 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Antidadah Gred S4-5 yang kosong apabila telah:-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

PENINGKATAN
SECARA LANTIKAN
KE PERKHIDMATAN
PENOLONG PEGAWAI ANTIDADAH DAN
PENGHULU

6. Pembantu Antidadah yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Antidadah Gred S3-1 atau Penghulu Gred NP3-1 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.

p:s dah boleh lompat p jawatan pengulu ker hehehe 

Sumber SBPA JPA

Galeri Bulan November 2011

Program Psiko-Sosial
Taman Damai Layang-Layangan
28 November 2011






Pameran Sempena Sambutan Maal Hijrah
Kolej Matrikulasi Labuan
27 NOVEMBER 2011







Thursday, 24 November 2011

PROGRAM RAWATAN DAN PEMULIHAN

PROGRAM PSIKO-SOSIAL (REKREASI DAN RAMAH MESRA PRS) 
AADK DAERAH WP.LABUAN

TEMPAT : TAMAN DAMAI LAYANG-LAYANGAN
TARIKH: 28 NOVEMBER 2011
MASA : 7.00 PAGI

AADK DAERAH KUDAT



Salam 1Malaysia Untuk Makluman

Agensi Antidadah Kebangsaan Kudat telah beroperasi sepenuhnya pada 15 November 2011 yang lalu. Alamat dan No.Telefon adalah seperti berikut;

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kudat
Tingkat Bawah, Bangunan Urusetia Daerah
Peti Surat 530, 89058 Kudat
Sabah.

No.Telefon : 088-611767
No. Faksimili: 088-611768 

Thursday, 10 November 2011

Terapi gantian methadone

Methadone adalah opiat sintetik yang digunakan sebagai ubat  penahan sakit dan juga di
dalam rawatan penagihan narkotik.
Methadone ini digunakan sebagai kaedah mengurangkan mudarat bagi membendung risiko
penularan penyakit berjangkit yang berkaitan dengan perkongsian jarum. Methadone juga
masih boleh disalahgunakan. Oleh itu terapi gantian methadone mesti dipantau dan dikawal
selia dengan rapi.


Ada tiga kesan utama yang dihasilkan oleh methadone:

• Mengelakkan kesan gian.
• Menghalang kesan dari penyalahgunaan dadah terlarang
• Mengurangkan keinginan terhadap dadah opiat

Rawatan gantian methadone merupakan rawatan jangka masa panjang.



sumber :-
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Mental/Terapigantianmethadone.pdf

Tuesday, 8 November 2011

Jangan Terpedaya : Keldai Dadah

Tahukah anda pembawa dadah atau lebih dikenali sebagai "keldai dadah"  adalah antara taktik sindeket penjenayah antarabangsa untuk merpedaya rakyat negara ini  terutama golongan wanita dan pelajar sebagai perantara membawa dadah bagi mengelak sindeket mereka dikesan atau ditangkap pihak berkuasa. Dengan menawarkan kerja kosong ,tawaran gaji lumayan atau tawaran perjalan percuma keluar negara adalah antara taktik yang digunakan oleh penjenayah untuk menarik dan memperdayakan mangsa, sindiket yang biasanya didalangi oleh warga afrika ini biasanya akan memyembunyikan dadah dalam ruang khas beg pakaian.


keldai juga yang dapat nama
ADMIN

AADK DI RADIO

Program AADK di radio yang telah bermula daripada bulan april dan bakal berakhir pada bulan november ini di Labuan Fm akan di sambung sebulan lagi pada bulan disember

Unit Pencegahan Dan Publisiti

sekian

entry terdahulu :-
http://aadkwplabuan2011.blogspot.com/2011/04/aadk-di-radio.html

DASAR DADAH NEGARA

DASAR DADAH NEGARA


Dasar dadah negara ialah mewujudkan negara malaysia yang bebas dari ancaman dadah menjelang tahun 2015 bagi menjamin keselamatan hidup masyrakat dan mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional.


OJEKTIF DASAR DADAH NEGARA


Objektif dasar dadah negara ialah untuk menghapuskan bekalan (supply) dadah dan menghapuskan permintaan (demand) kepada dadah sehingga mewujudkan

  • a) keluarga bebas dadah
  • b) sekolah bebas dadah
  • c) tempat kerja bebas dadah
  • d) kawasan bebas dadah

Mutiara Kata 1

"Yang Telah berlaku biarkan ia berlalu,
Yang mendatang hadapi dengan cemerlang"


Wednesday, 2 November 2011

MINI C&C KENINGAU


 Mini C&C Keningau baru mula beroperasi..sebarang pertanyaan sila hubungi di talian 087-336887,087-336881,faks 087-336889
pegawai yang bertugas, En.Rohaizat Yunus@Zakaria, En. Mohd Yamzain Mohd Yassin, En. Henry Dominic, En. Mohd Aizat Rosland
Harap Maklum

Untuk Semua

Sunday, 25 September 2011

Coretan Dari Admin

Proses memuat turun posting lama dari blog terdahulu telah selesai

Sekian Terima Kasih

Klinik Cure & Care 1Malaysia


Adakah anda atau orang yang anda sayangi menghadapi masalah ketagihan dadah atau bahan terlarang? Sila hubungi Kami Dan Klinik Cure & Care 1Malaysia berdekatan anda untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan dan pemulihan. 

"Kami Perihatin, Kami Sedia Membantu"

Coretan Dari Admin

Assalamualaikum, Salam sejahtera dan salam 1malaysia..

Harap maklum

atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan Blog rasmi AADK Wp.Labuan sebelum ini didapati ada mengandungi virus malware oleh sebab itu atas tujuan keselamatan blog tersebut telah ditutup dan akan digantikan buat sementara waktu dengan blog ini http://aadkwpersekutuanlabuan.blogspot.com/

Kerja-kerja penambahbaikan seperti memuat turun kandungan -kandungan post daripada blog lama akan dilakukan secara berperingkat

Sekian Terima Kasih



Saturday, 24 September 2011

new blog

BLOG Lama aadk wp.labuan telah diserang oleh virus untuk tujuan keselamatan blog lama tersebut telah ditutup


sekian

Friday, 23 September 2011

Program AADK Wp.Labuan 24 - 25 september 2011

24 September 2011
Program Skuad 1Malaysia
Kolej Matrikulasi Labuan
07.00 Pagi

25 September 2011
Program Jom Sihat Labuan Bersama Persatuan Ibu Tunggal
Kg.Batu Arang
07.00 Pagi

Program Eh Didih Badudun Kitani 2011 Kg Patau-patau 1
Kg Patau - Patau 1
10.30 pagi 

Aktiviti : Pameran AADK,Promosi Klinik Cure And Care 1Malaysia  Ceramah Antidadah dan Tayangan Video 

Sunday, 18 September 2011

Masalah Dadah

Adakah anda atau orang yang anda sayangi menghadapi masalah ketagihan dadah atau bahan terlarang? Sila hubungi Kami dan Klinik Cure & Care 1Malaysia berdekatan anda untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan dan pemulihan.

Wednesday, 10 August 2011

Monday, 18 July 2011

Berita: Kem Shields

26 Jun 2011 - Satu program Kem SHIELDS atau sayangi diri elak dadah selamanya telah berjaya dilaksanakan oleh pihak AADK Wp.Labuan dengan kerjasama daripada Jabatan Pelajaran Wp.Labuan. 

Open in new window

Program tersebut diadakan bertujuan untuk membendung pelajar yang pernah mencuba daripada terus terlibat dengan pengambilan dadah dan matmlat program ini pula adalah untuk memastikan remaja yang berumur 13-17 tahun mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya.

Open in new window


Open in new window

Kem SHIELDS tersebut telah dilaksanakan di sekolah Kebangsaan Pantai selama 3 hari 2 malam bermula dari 24 jun hingga 26 jun 2011,seramai 40 orang peserta daripada 8 buah sekolah menengah di seluruh wilayah persekutuan Labuan terlibat.

Perasmian penutupan kem SHIELDS tersebut telah dilakukan oleh Timbalan Pengarah Operasi,Jabatan Pelajaran Wp.Labuan dan juga Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan AADK Sabah,Tuan Christopher ank Billy.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...