Monday, 18 July 2011

Berita: Kem Shields

26 Jun 2011 - Satu program Kem SHIELDS atau sayangi diri elak dadah selamanya telah berjaya dilaksanakan oleh pihak AADK Wp.Labuan dengan kerjasama daripada Jabatan Pelajaran Wp.Labuan. 

Open in new window

Program tersebut diadakan bertujuan untuk membendung pelajar yang pernah mencuba daripada terus terlibat dengan pengambilan dadah dan matmlat program ini pula adalah untuk memastikan remaja yang berumur 13-17 tahun mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya.

Open in new window


Open in new window

Kem SHIELDS tersebut telah dilaksanakan di sekolah Kebangsaan Pantai selama 3 hari 2 malam bermula dari 24 jun hingga 26 jun 2011,seramai 40 orang peserta daripada 8 buah sekolah menengah di seluruh wilayah persekutuan Labuan terlibat.

Perasmian penutupan kem SHIELDS tersebut telah dilakukan oleh Timbalan Pengarah Operasi,Jabatan Pelajaran Wp.Labuan dan juga Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan AADK Sabah,Tuan Christopher ank Billy.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...