Thursday, 1 November 2012

Berwajah Baru Satu Lagi Transformasi AADK

Dulu dikenali sebagai Pusat Serenti papar kemudian Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik dan Kini CCRC


                                                                    088-915 487

Sunday, 14 October 2012

MESYUARAT MTMD WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN





MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH 
(MTMD) BIL1/2012

PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN 
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
KEMENTERIAN DALAM NEGERI

17 OKTOBER 2012
10.00 PAGI
BILIK MESYUARAT PERBADANAN LABUAN


Sunday, 12 August 2012

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Salam Aidil Fitri  Maaf Zahir & Batin
Daripada Warga AADK Wilayah Persekutuan Labuan

Wednesday, 25 July 2012

Bonus Bulan Depan ( 09 .08.2012 )

TERKINI !






Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji dgn bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas RM500 untuk pesara kerajaan yang dibayar pada 9 0gos ini


Terima Kasih PM ^_^


-Sumber di sini & sini

Thursday, 19 July 2012

Monday, 2 July 2012

Promosi Klinik C&C 1Malaysia



*Bahasa Tempatan Sabah & WP. Labuan

RUMAH KOMUNITI AADK

CCH
CARING COMMUNITY HOUSE


OBJEKTIF


a.       Sebagai program sokongan dan mempelbagaikan program rawatan dan pemulihan dalam komuniti yang sedia ada.

b.       Mewujudkan model program dan aktiviti ‘after care’ untuk klien bagi mencegah mereka daripada ‘relapse’.

c.       Membimbing dan memberi latihan kemahiran kendiri, , membantu perancangan hidup yang lebih praktikal dan produktif dan seterusnya menjalani proses integrasi sosial supaya mereka dapat berperanan dalam masyarakat.

d.       Mempelbagaikan program dan aktiviti supaya ianya lebih menyeluruh (holistik) dalam usaha membentuk fizikal, mental, psikologikal dan spiritual sesuai dengan keparahan yang dihadapi oleh penagihan.

e.       Menggalak dan menggerakkan semua lapisan masyarakat dalam usaha merawat pulih dan mengekalkan kepulihan klien.

KAEDAH PERLAKSANAAN
  1.       Pendekatan

Pendekatan secara ‘Multi Dimentional Approach’ iaitu membentuk dan memantapkan jasmani, emosi, rohani, intelektual, sosial dan kerjaya yang berkonsepkan ‘man help man to help himself’. Perjalanan Rumah Komuniti ini akan dilaksanakan oleh kes-kes pengawasan, bekas-bekas penagih dadah dengan bantuan dan sokongan masyarakat setempat seperti ahli keluarga, pemimpin masyarakat, ahli politik, jabatan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), ahli korporat, dan yang berkaitan.


      2.        Fungsi dan Peranan Rumah Komuniti                   

        • Pusat aktiviti bersepadu berkaitan masalah dadah seperti pencegahan, rawatan dan pemulihan dan penguatkuasaan.

        • Penggerak untuk melibatkan setiap lapisan masyarakat dalam usaha memerangi dadah.

        • Penyebar maklumat berkaitan dadah semasa.

        • Membantu AADK bagi memastikan kes-kes pengawasan dan bekas-bekas penagih dapat mengikuti program yang telah dirancang.

  • Senarai Rumah Komuniti yang berhamiran dengan AADK Wp.Labuan

Rumah Komuniti Kg. Pintas Beaufort 
Peti Surat 38, Pejabat Daerah Beaufort, 
89800 Beaufort Sabah
Tel: 087-222667
Faks :087-222669
Ketua Pegawai: Puan Effanehwati binti Lakat

Rumah Komuniti Kg. Darau, Menggatal
Balai Raya Kampung Darau ,
[Darau Laut], Menggatal,
Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-261845
Faks: 088-261845
Ketua Pegawai : Encik Jamaji @ Herman bin Jaini






Wednesday, 27 June 2012

Jom Sertai FB : SKUAD 1Malaysia

Facebook SKUAD 1Malaysia

Kepada semua Ahli Skuad 1Malaysia AADK Wilayah Persekutuan Labuan
Mari kita Ramai-ramai like FB ni sebagai tanda sokongan  dan  sebagai saluran media sosial untuk kita berkongsi maklumat dan informasi berkaitan program pencegahan, rawatan dan pemulihan serta pengesanan dan pengawasan.






Tuesday, 26 June 2012

Galeri Program SHIELDS

Galeri Program SHIELDS 2012 : LDK & Ceramah

Tulis Apa tu..soalan untuk kuiz yer..

sesi bersama Kolej Vokasional Labuan 
Sesi Bersama Camp Com Sarjan Rosli...

Para pelajar cuba menyelesaikan LDK yang diberikan




Sunday, 24 June 2012

Galeri Program SHIELDS 2012 : Sukan Dan Riadah

GALERI PROGRAM SHIELDS 2012

Para peserta beriadah dengan bermain Bola Tampar Mini 

Fasilitator Hasri dengan gaya tersendiri 
Nak sambut apa tu...

Friday, 22 June 2012

Kem SHIELDS 2012

Kem SHIELDS Bermula


Kem SHIELDS atau Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya  telah pun bermula pada hari ini(22 Jun 2012). Kem yang disertai oleh 40 orang peserta daripada 9 buah sekolah menengah di Wilayah persekutuan Labuan ini akan berlangsung selama 4 hari ke 3 Malam yang akan berakhir pada pagi 25 Jun 2012...


Nantikan update terbaru daripada kem tersebut...


Sekian 


Admin....

Friday, 15 June 2012

Program Tomorrow Leader


PROGRAM TOMORROW'S LEADER
KOLEJ MATRIKULASI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
16 JUN 2012
7.00 PAGI

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

*SENAMAN KESIHATAN
*CERAMAH ANTIDADAH
*PAMERAN ANTIDADAH 

Thursday, 7 June 2012

SKUAD 1MALAYSIA

SKUAD 1MALAYSIA



               


                          Sukarelawan Antidadah (Skuad 1MALAYSIA) diwujudkan sejajar dengan saranan YB Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di dalam ucapan beliau pada awal tahun 2011 mengenai 7 komitmen utama Kementerian Dalam Negeri di mana salah satu komitmen , iaitu komitmen ke 7 : Menggerakan gelombang kesukarelaan.

                Semangat kesukarelaan perlu diperluaskan dalam kalangan masyrakat Malaysia terutamanya di dalam membantu kerajaan memerangi permasalahan dadah. Matlamat utama penubuhan Sukarelawan AADK (SKUAD 1MALAYSIA) ialah supaya semua sukarelawan ini bertindak dan bergerak sebagai satu pasukan yang membantu pihak kerajaan khususnya AADK dalam menangani masalah ancaman dadah.

                        Gabungan sukarelawan AADK (SKUAD 1MALAYSIA) terdiri daripada Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD), Ahli lembaga Pelawat, Rakan Antidadah (RADA), Masyarakat Wanita Antidadah (MAWADAH), Persatuan Alumni  Agensi Antidadah Kebangsaan (PENDAMAI) dan Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Thursday, 24 May 2012

Ceramah Dan Pameran 
Sempena Program SEKATA 2012
Anjuran LKPIM Wp.Labuan
13 MEI 2012
Bilik Taklimat Raflessia
Ujana Kewangan Wp.Labuan

Pameran Antidadah


Ceramah Antidadah Oleh Encik Arissin Bin Ariffin



PROGRAM MAWADAH 2012

PROGRAM MAWADAH
"MASYARAKAT WANITA PEMANGKIN KELUARGA BAHAGIA"
13 MEI 2012
WISMA PERBADANAN LABUAN

Banner Program

Ucapan Alu-aluan daripada Pengerusi Mawadah Wilayah Persekutuan Labuan,
 Datuk Hajah Aini Binti Haji Safar

Ucapan perasmian majlis oleh Yang Berhormat Datuk Haji Yusuf  Bin Haji Mahal ,
 Ahli Parlimen P166 Wp.Labuan


Ahli-ahli Mawadah Wilayah Persekutuan Labuan

Bergambar Kenangan Bersama Yang Berhormat Datuk Haji Yusuf  Bin Haji Mahal ,
Ahli Parlimen P166 Wp.Labuan


Terima Kasih Datuk 


Thursday, 5 April 2012

Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah (HADAK 2012)



Tarikh : 07 Mac 2012
Masa  : 07.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat  :  Padang Bandaran Semporna Sabah

Makluman

Bermula pada awal tahun 2012 laman sesawang rasmi Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Wp.Labuan(Labuan.adk.gov.my) telah ditamatkan operasinya

Sekian

Admin

Monday, 5 March 2012

Khidmat Masyarakat Bersama Skuad 1Malaysia

26 Februari 2012 - :  Program Khidmat Masyarakat Bersama Komuniti  telah diadakan dengan kerjasama  Jawatankuasa  Skuad 1Malaysia AADK Wilayah Persekutuan Labuan dan Persatuan Kereta Viva Labuan (VIVAC FT.LABUAN ) pada 26 Februari yang lalu.  Program sebegini dianjurkan untuk mendekatkan diri kes-kes pengawasan AADK Wp.Labuan dan komuniti setempat bagi membiasakan kes-kes pengawasan dalam menyertai kerja-kerja amal
serta menyesuaikan diri dengan masyarakat.  Secara tidak langsung program ini juga  dapat
mempromosikan dan memberi maklumat kepada masyarakat  setempat mengenai peranan dan fungsi Agensi Antidadah Kebangsaan.

Pelbagai pengisian bagi memeriahkan program tersebut seperti aktiviti  gotong-royong membersihkan tapak program skuad 1Malaysia di Kompleks Sukan Laut Wp.Labuan. Program yang melibatkan seramai 100 orang masyarakat terdiri daripada ahli RADA, Mawaddah dan JKPD serta 12 orang kes pengawasan  ini telah dirasmikan oleh Encik Haji Alias Bin Husin, Pengerusi JKPD Wp.Labuan

PROMOSI KLINIK
CURE & CARE 1MALAYSIA
“SEMPENA PROGRAM EH DIH DIH BADUDUN KITANI 2012”

25 Februari 2012 – Sempena program eh dih dih badudun Kitani 2012 anjuran Radio Malaysia Labuan Fm bertempat di kampong Sungai Labu. Unit rawatan,pemulihan dan perubatan Agensi Antidadah kebangsaan Daerah Wp.Labuan telah menerima undangan daripada pihak penganjur untuk mempromosikan Klinik Cure and Care 1Malaysia pada program tersebut. Program yang  dihadiri oleh masyrakat dari seluruh wilayah persekutuan Labuan ini adalah salah satu cara yang tepat dalam mempromosikan klinik Cure & Care 1Malaysia selepas melakukan promosi melalui slot aadk di radio dengan kerjasama Labuan Fm Sepanjang Tahun 2011 yang lepas. Antara pengisian yang diadakan pada program tersebut adalah pengedaran risalah-risalah berkaitan Klinik Cure And Care ,Rumah Komuniti dan Maklumat-maklumat dadah semasa.





Program mahabbah

Program Mahabbah
“Menggerakan Masyarakat Memerangi Dadah”



24 Februari 2012 –  Pihak Agensi Antidadah Kebangsaan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (JAWI) telah mengadakan program mahabbah “Menggerakan masyarakat memerangi Dadah”. Program tersebut telah diadakan di tiga buah masjid terpilih di wilayah persekutuan Labuan iaitu Masjid Jamek An-Nur,Masjid Kg.Layang-layangan dan masjid Nurul Iman Kg. Sungai Bedaun.

Objektif program ini adalah menjadikan Masjid sebagai sebuah institusi penting dalam  menyampaikan syiar Islam. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai tempat melaksanakan ibadah khusus, tetapi juga memainkan peranan penting dalam membentuk insan berkeperibadian unggul. Isu dan permasalahan dadah tidak hanya terbeban di bahu pihak kerajaan sahaja, tetapi masyarakat juga perlu turut serta bersama-sama dalam merealisasikan Negara Bebas Dadah 2015.  Masjid sepatutnya menjadi pusat aktiviti bagi semua masyarakat umat Islam termasuk mendampingi mereka yang telah terjebak dengan penagihan dadah.

Antara pengisian yang diadakan pada program tersebut adalah bacaan Khutbah “menggerakan masyarakat memerangi dadah”, Pameran Antidadah dan Promosi Klinik Cure and Care 

Wednesday, 22 February 2012

Program Skuad 1Malaysia (Sukarelawan Prihatin ) & Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan

Program Skuad 1Malaysia (Sukarelawan Prihatin) & Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan
Plaza Berpayung Kompleks Sukan Air Wilayah Persekutuan Labuan
26 Februari 2012




Tuesday, 24 January 2012

Kursus Pengurusan Jenazah - Indah Water Konsortium

25 Januari 2012 - Pihak AADK Wp.Labuan telah menerima jemputan daripada Pihak Indah Water Konsortium (IWK) untuk menyertai kursus Pengurusan Jenazah Islam pada 21 januari 2012 yang lepas. Objektif kursus adalah untuk memberi kefahaman kepada para peserta tentang tatacara, adab-adab dan kaedah menguruskan jenazah samada lelaki atau perempuan. Disamping itu, ianya bertujuan agar ilmu ini tidak pupus, dapat disampaikan serta difahami golongan muda dan tidak terhad kepada golongan tua sahaja seperti kebiasaannya







Cara Memandikan Jenazah


Cara mengkafankan jenazah 

Monday, 9 January 2012

AADK DAERAH RANAU

























Salam 1Malaysia Untuk Makluman

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Ranau  telah beroperasi sepenuhnya.

Alamat dan No.Telefon adalah seperti berikut:-


Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Ranau,
Kementerian Dalam Negeri,
Tingkat 1, Pejabat Pelajaran Daerah Ranau (lama),
89308 Ranau Sabah.

No yang boleh dihubungi :
088-877866
088-877868
fax: 088-877866

Wednesday, 4 January 2012

Pembuka Tirai 2012

Program Ceramah Antidadah 
Pusat Latihan Giatmara Wp.Labuan
04 Januari 2012

Sesi Tayangan Video Dadah Membunuh sebagai pembuka tirai sesi ceramah

Pelajar pusat latihan giat mara yang hadir pada program tersebut

Kesemuanya adalah pelajar baru untuk sesi 2012

Encik Ramli Hji Bakar menyampaikan ceramah beliau 


Menerimah cenderakenangan daripada wakil Pusat Giatmara Wp.Labuan 
Program ceramah antidadah bersama pusat latihan Giat mara Wp.Labuan adalah program pembuka tirai 2012 bagi AADK Wp.Labuan di harap pada tahun ini Pihak aadk akan menjadi lebih proaktif dalam melakukan pencegahan dadah di Wilayah Persekutuan Labuan, Kejayaan Tahun sebelumnya haruslah menjadi tanda aras baru untuk menjadi lebih baik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...