Monday, 5 March 2012

Khidmat Masyarakat Bersama Skuad 1Malaysia

26 Februari 2012 - :  Program Khidmat Masyarakat Bersama Komuniti  telah diadakan dengan kerjasama  Jawatankuasa  Skuad 1Malaysia AADK Wilayah Persekutuan Labuan dan Persatuan Kereta Viva Labuan (VIVAC FT.LABUAN ) pada 26 Februari yang lalu.  Program sebegini dianjurkan untuk mendekatkan diri kes-kes pengawasan AADK Wp.Labuan dan komuniti setempat bagi membiasakan kes-kes pengawasan dalam menyertai kerja-kerja amal
serta menyesuaikan diri dengan masyarakat.  Secara tidak langsung program ini juga  dapat
mempromosikan dan memberi maklumat kepada masyarakat  setempat mengenai peranan dan fungsi Agensi Antidadah Kebangsaan.

Pelbagai pengisian bagi memeriahkan program tersebut seperti aktiviti  gotong-royong membersihkan tapak program skuad 1Malaysia di Kompleks Sukan Laut Wp.Labuan. Program yang melibatkan seramai 100 orang masyarakat terdiri daripada ahli RADA, Mawaddah dan JKPD serta 12 orang kes pengawasan  ini telah dirasmikan oleh Encik Haji Alias Bin Husin, Pengerusi JKPD Wp.Labuan

PROMOSI KLINIK
CURE & CARE 1MALAYSIA
“SEMPENA PROGRAM EH DIH DIH BADUDUN KITANI 2012”

25 Februari 2012 – Sempena program eh dih dih badudun Kitani 2012 anjuran Radio Malaysia Labuan Fm bertempat di kampong Sungai Labu. Unit rawatan,pemulihan dan perubatan Agensi Antidadah kebangsaan Daerah Wp.Labuan telah menerima undangan daripada pihak penganjur untuk mempromosikan Klinik Cure and Care 1Malaysia pada program tersebut. Program yang  dihadiri oleh masyrakat dari seluruh wilayah persekutuan Labuan ini adalah salah satu cara yang tepat dalam mempromosikan klinik Cure & Care 1Malaysia selepas melakukan promosi melalui slot aadk di radio dengan kerjasama Labuan Fm Sepanjang Tahun 2011 yang lepas. Antara pengisian yang diadakan pada program tersebut adalah pengedaran risalah-risalah berkaitan Klinik Cure And Care ,Rumah Komuniti dan Maklumat-maklumat dadah semasa.





Program mahabbah

Program Mahabbah
“Menggerakan Masyarakat Memerangi Dadah”



24 Februari 2012 –  Pihak Agensi Antidadah Kebangsaan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (JAWI) telah mengadakan program mahabbah “Menggerakan masyarakat memerangi Dadah”. Program tersebut telah diadakan di tiga buah masjid terpilih di wilayah persekutuan Labuan iaitu Masjid Jamek An-Nur,Masjid Kg.Layang-layangan dan masjid Nurul Iman Kg. Sungai Bedaun.

Objektif program ini adalah menjadikan Masjid sebagai sebuah institusi penting dalam  menyampaikan syiar Islam. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai tempat melaksanakan ibadah khusus, tetapi juga memainkan peranan penting dalam membentuk insan berkeperibadian unggul. Isu dan permasalahan dadah tidak hanya terbeban di bahu pihak kerajaan sahaja, tetapi masyarakat juga perlu turut serta bersama-sama dalam merealisasikan Negara Bebas Dadah 2015.  Masjid sepatutnya menjadi pusat aktiviti bagi semua masyarakat umat Islam termasuk mendampingi mereka yang telah terjebak dengan penagihan dadah.

Antara pengisian yang diadakan pada program tersebut adalah bacaan Khutbah “menggerakan masyarakat memerangi dadah”, Pameran Antidadah dan Promosi Klinik Cure and Care 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...