Wednesday, 27 June 2012

Jom Sertai FB : SKUAD 1Malaysia

Facebook SKUAD 1Malaysia

Kepada semua Ahli Skuad 1Malaysia AADK Wilayah Persekutuan Labuan
Mari kita Ramai-ramai like FB ni sebagai tanda sokongan  dan  sebagai saluran media sosial untuk kita berkongsi maklumat dan informasi berkaitan program pencegahan, rawatan dan pemulihan serta pengesanan dan pengawasan.






Tuesday, 26 June 2012

Galeri Program SHIELDS

Galeri Program SHIELDS 2012 : LDK & Ceramah

Tulis Apa tu..soalan untuk kuiz yer..

sesi bersama Kolej Vokasional Labuan 
Sesi Bersama Camp Com Sarjan Rosli...

Para pelajar cuba menyelesaikan LDK yang diberikan




Sunday, 24 June 2012

Galeri Program SHIELDS 2012 : Sukan Dan Riadah

GALERI PROGRAM SHIELDS 2012

Para peserta beriadah dengan bermain Bola Tampar Mini 

Fasilitator Hasri dengan gaya tersendiri 
Nak sambut apa tu...

Friday, 22 June 2012

Kem SHIELDS 2012

Kem SHIELDS Bermula


Kem SHIELDS atau Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya  telah pun bermula pada hari ini(22 Jun 2012). Kem yang disertai oleh 40 orang peserta daripada 9 buah sekolah menengah di Wilayah persekutuan Labuan ini akan berlangsung selama 4 hari ke 3 Malam yang akan berakhir pada pagi 25 Jun 2012...


Nantikan update terbaru daripada kem tersebut...


Sekian 


Admin....

Friday, 15 June 2012

Program Tomorrow Leader


PROGRAM TOMORROW'S LEADER
KOLEJ MATRIKULASI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
16 JUN 2012
7.00 PAGI

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

*SENAMAN KESIHATAN
*CERAMAH ANTIDADAH
*PAMERAN ANTIDADAH 

Thursday, 7 June 2012

SKUAD 1MALAYSIA

SKUAD 1MALAYSIA



               


                          Sukarelawan Antidadah (Skuad 1MALAYSIA) diwujudkan sejajar dengan saranan YB Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di dalam ucapan beliau pada awal tahun 2011 mengenai 7 komitmen utama Kementerian Dalam Negeri di mana salah satu komitmen , iaitu komitmen ke 7 : Menggerakan gelombang kesukarelaan.

                Semangat kesukarelaan perlu diperluaskan dalam kalangan masyrakat Malaysia terutamanya di dalam membantu kerajaan memerangi permasalahan dadah. Matlamat utama penubuhan Sukarelawan AADK (SKUAD 1MALAYSIA) ialah supaya semua sukarelawan ini bertindak dan bergerak sebagai satu pasukan yang membantu pihak kerajaan khususnya AADK dalam menangani masalah ancaman dadah.

                        Gabungan sukarelawan AADK (SKUAD 1MALAYSIA) terdiri daripada Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD), Ahli lembaga Pelawat, Rakan Antidadah (RADA), Masyarakat Wanita Antidadah (MAWADAH), Persatuan Alumni  Agensi Antidadah Kebangsaan (PENDAMAI) dan Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...