Tuesday, 28 March 2017

Program minggu antidadah Smk Mutiara Labuan

Ceramah, pameran Dan ujian saringan urin pelajar sempena minggu antidadah Smk Mutiara wp.Labuan pada 28 Mac 2017.

#perangidadahhabishabisan
#ambilkisahambiltindakan
#sayangidirimu

Saturday, 18 March 2017

Pameran Antidah Bersama City college Labuan

Pameran antidadah sempena karnival pendidikan anjuran City college Labuan pada 18 Mac 2017.

#perangidadahhabishabisan
#ambilkisahambiltindakan
#Sayangidirimu

Friday, 10 March 2017

Program pembangunan Kerjaya OKP

Pada 10 Mac 2017 unit rawatan Dan pemulihan aadk wp.Labuan telah melaksanakan satu program pembangunan kerjaya orang kena pengawasan bertempat di bilik mesyuarat Aadk wilayah Persekutuan Labuan. Program tersebut telah mendapat kerjasama daripada jabatan tenaga kerja wp Labuan  Dan seramai 25 orang kena pengawasan telah hadir.

#perangidadahhabishabisan
#ambilambiltindakan
#sayangidirimu
#labuanbebasdadah

Thursday, 9 March 2017

Program TEKAD sektor awam bersama Jabatan Muzium Labuan

Pada 8 mac 2017 aadk wp.Labuan telah melaksanakan satu program tempat kerja bebas dadah (TEKAD) sektor awam bertempat di jabatan muzium Labuan.

#perangidadahhabishabisan
#sayangidirimu
#ambilkisahambiltindakan
#Labuanbebasdadah
#Towardslabuanzerodrugs

Saturday, 4 March 2017

Pameran antidadah bersama penduduk penempatan kiansam

Pada 04 Mac 2017 bertempat di penempatan kiansam Wilayah persekutuan Labuan pihak aadkwpl telah dijemput untuk  menyertai program cegah denggi anjuran jabatan kesihatan Wp.Labuan. Unit pencegahan telah hadir untuk mengadakan pameran Antidadah Dan memberikan taklimat berkaitan permasalahan dadah manakala unit rawatan dan pemulihan pula telah hadir bersama dengan OKP (orang kena pengawasan) seramai 10 orang untuk membantu penduduk penempatan kiansam membersihkan sekitar kawasan penempatan tersebut.

#perangidadahhabishabisan
#ambilkisahambiltindakan
#sayangidirimu

Thursday, 2 March 2017

Ceramah & pameran sempena minggu anti dadah peringkat sekolah layang-layangan wilayah persekutuan Labuan 2017

Melaksanakan program ceramah dan pameran bersempena dengan minggu anti dadah peringkat sekolah anjuran unit program pendidikan pencegahan dadah (PPDa) pada 03 Mac 2017.

#perangidadahhabishabisan
#ambilkisahambiltindakan
#Sayangidirimu

Wednesday, 1 March 2017

Program JKPD Bersama OKP Aadk Wp.Labuan

Satu program kelompok sokongan sosial telah dijalankan pada  01 Mac 2017 bersama dengan Jawatankuasa rawatan & pemulihan dadah (JKPD) Labuan. Program yang dijalankan secara perbincangan kumpulan ini  membincangkan perkara berkaitan pencegahan relapse dalam  tempoh kepulihan.

#perangidadahhabishabisan
#ambilkisahambiltindakan

Tuesday, 28 February 2017

Laman Media Sosial Rasmi AADK Daerah Wilayah Persekutuan Labuan


Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) Indah Water Labuan

Satu program tempat kerja bebas dadah sektor swasta telah dilaksanakan pada 01 Mac 2017 bertempat di pejabat indahwater wp.labuan. program ini telah di sertai oleh 30 orang kakitangan Dan pegawai indahwater. Pihak aadkwpl mengucapkan ribuan terima kasih kerana bersama-sama dengan aadk until menjayakan program tersebut
#perangidadahhabishabisan
#ambilkisahambiltindakan

Monday, 27 February 2017

TEKAD RTM 2017

Pada 24 Febuari 2017 Unit Pencegahan AADK Wilayah persekutuan Labuan telah melaksanakan program tempat kerja bebas dadah (TEKAD) sektor awam dan Ujian Saringan Air Kencing kepada Kakitangan RTM Wp.Labuan .
Pelaksanaan program ini diharapkan dapat memberi impak yang positif kepada warga Kerja dan pihak pengurusan RTM Labuan.

Jejak sampai dapat

Satu program home visit atau jejak orang kena pengawasan (OKP) yang gagal hadir untuk menjalani program rawatan dan pemulihan telah di laksanakan oleh unit RNP aadkwpl. program tersebut telah dilaksanakan pada 25 February 2017 Dan seramai 5 orang OKP yang gagal hadir telah di jejak melalui inisiatif home visit atau lawatan terus ke rumah mereka. Kegagalan mereka untuk  hadir  menjalani program rawatan Dan pemulihan boleh mengakibat tindakan langgar syarat pengawasan diambil oleh pihak Aadk

#perangidadahhabishabisan
#ambilkisahambiltindakan

Pameran antidadah unit pencegahan Aadk Wp.Labuan

Pameran antidadah sempena program penutupan majlis sambutan hari wilayah peringkat wilayah Persekutuan Labuan Pada 25hb February 2017 bertempat di  kompleks sukan laut wp.labuan

#perangidadahhabishabisan
#ambilkisahambiltindakan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...