aadk Wp.Labuan

Saturday, 2 January 2021

PROSEDUR KE MASUKAN KE WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2021

 Prosedur Kemasukan ini berkuatkuasa  1 januari 2021

Patuhi Sop ..ingat Kita masih belum menang

Kita jaga Kita 







Friday, 1 January 2021

Program Gotong Royong OKP Aadk labuan

 26 Disember 2020, Labuan - Program Gotong royong Bersih Jiwa LA21 Membersihkan Tanah Perkuburan Orang Islam telah dilaksanakan bertempat di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Layang-Layangan WP Labuan. Program ini dianjurkan oleh PEMADAM WP Labuan dengan kerjasama pelbagai jabatan,NGO dan masyarakat Kampung Layang-layangan dan persekitarannya.. 


————————————————————————

Jika anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, sila hadir ke pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian Hotline AADK di 03-8911 2233 






Selamat Tahun Baru 2021


 AADK WP Labuan mengucapkan Selamat  Tahun Baru 2021.

Semoga Tahun 2021 mendatangkan lebih kejayaan dan kebahagiaan kepada kita semua.


____________________________________


Agensi Antidadah Kebangsaan menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan pemprosesan, pembekalan, penyeludupan, penjualan serta penagihan dadah.


Jika anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, sila hadir ke pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian Hotline AADK di 03-8911 2233 atau 019-626 2233.





Thursday, 13 August 2020

Hari Kebangsaan 2020 : Norma Baharu Catat Sejarah

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟎 : 𝐍𝐎𝐑𝐌𝐀 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐂𝐀𝐓𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇

Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini pastinya melakar sejarah baharu kepada rakyat Malaysia apabila buat julung kalinya, acara perbarisan dan perarakan mengikut norma baharu akan disiarkan melalui saluran televisyen.

Acara itu akan dirakam lebih awal secara berasingan bagi setiap kontinjen yang dikenal pasti bertujuan mengurangkan perhimpunan ramai selain memastikan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan pandemik COVID19 dipatuhi - Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Mohammad Diah Wahari 

𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐢𝐧𝐢, 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐢𝐧𝐢. 𝐀𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐡𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧, 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐛𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢-𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐨𝐧𝐠 𝐀𝐥-𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐑𝐢'𝐚𝐲𝐚𝐭𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧 𝐀𝐥-𝐌𝐮𝐬𝐭𝐚𝐟𝐚 𝐁𝐢𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚 𝐤𝐚𝐰𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚.

Seterusnya baginda akan mencemar duli menyaksikan siaran langsung yang akan disediakan pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM).

RTM diberi tanggungjawab menyunting rakaman menggunakan teknologi realiti gabung yang terdiri daripada realiti terimbuh dan teknologi 3D CGI (Imej Janaan Komputer).

Ayuh kita bersama-sama meraikan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-63 dengan menonton siaran RTM agar turut merasai kemeriahannya walaupun tidak dapat menyaksikan perarakan kontinjen beruniform, aset keselamatan dan persembahan acara simbolik secara langsung di lokasi.

𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝐦𝐚𝐫𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐧𝐨𝐫𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐰𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐫𝐚 𝐮𝐦𝐮𝐫, 𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚. 

Hargailah perjuangan pejuang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan negara.

Kementerian Perpaduan Negara 
Jabatan Penerangan Malaysia 
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM 
Jabatan Perdana Menteri 


Sumber : Bernama

Saturday, 8 August 2020

kenali ketum

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG KETUM

#ToStop
#ToDelay
#ToPrevent
#PreventionIsBetterThanCure
#KemakmuranDanKesejahteraanBersama
#BetterKnowledgeForBetterCare

Monday, 27 July 2020

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH AADK KE AADK DAERAH WP LABUAN

PERMERKASAAN PROGRAM KAWASAN BERISIKO TINGGI (KBT) LABUAN MELALUI LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH AADK KE AADK DAERAH WP LABUAN

Pada 26 Julai 2020 sempena Lawatan Kerja YDH CP Dato' Sri Zulkifli bin Abdullah ( Ketua Pengarah AADK) ke Negeri Sabah bermula 26 hingga 28 Julai 2020. YDH CP Dato' Sri KP AADK telah menghadiri Program Sembang Santai bersama Komuniti KBT Labuan. 

Program ini turut dihadiri oleh Tuan Abdul Hamediee Ibrahim (Pengarah AADK Negeri Sabah), Tuan Fadzilah Hj Mahmud (Wakil CEO Perbadanan Labuan), Tuan Muhammad Farid Hj Ahmad (Ketua Polis Daerah WP Labuan), Pemimpin masyarakat daripada Pengerusi Zon 1,2 dan 3 serta Ketua Kampung Bukit Kuda, Kampung Gerisik, Kampung Suguking dan Kampung Sungai Bedaun. Turut diadakan penyerahan Sijil KBT Labuan dan Penyerahan Bantuan kepada 10 keluarga OKP Labuan yang disumbangkan oleh Lembaga Zakat WP Labuan.

YDH CP Dato' Sri KP AADK turut meluangkan masa menyampaikan amanat dan kunjungan ramah mesra dengan pegawai AADK Daerah WP Labuan bagi memastikan program KBT Labuan memberi impak dari segi perlaksanaan dan keberkesananya dalam usaha Wilayah Persekutuan Labuan Bebas Dadah.

#KitaJagaKita
#KomunitiKitaTanggungJawabKita

Friday, 24 July 2020

Panduan Majikan Dalam Pendidikan Pencegahan Dadah

Panduan Majikan dalam Pendidikan Pencegahan Dadah.

“Masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan pekerja merupakan isu keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Majikan yang prihatin akan melaksanakan Program Tempat Kerja Bebas Dadah.”

Jom kita kongsikan 9 panduan tentang apakah peranan yang boleh dilakukan oleh majikan dalam bersama-sama membanteras masalah penyalahgunaan dadah dan pelencongan sosial yang lain.

#ToStop
#ToDelay
#ToPrevent
#PreventionIsBetterThanCure
#KemakmuranDanKesejahteraanBersama
#BetterKnowledgeForBetterCare

PROSEDUR KE MASUKAN KE WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2021

 Prosedur Kemasukan ini berkuatkuasa  1 januari 2021 Patuhi Sop ..ingat Kita masih belum menang Kita jaga Kita