aadk Wp.Labuan

Wednesday, 7 December 2011

SKIM PERKHIDMATAN
PEMBANTU ANTIDADAH
Perbekalan dalam skim perkhidmatan ini adalah terpakai dan hendaklah dibaca bersama dengan perbekalan-perbekalan lain yang ditetapkan dalam Perbekalan Umum Skim Perkhidmatan.

KLASIFIKASI
:
PERKHIDMATAN SOSIAL DAN KEROHANIAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN
:
PELAKSANA
GRED GAJI/JAWATAN
:
S4-1, S4-3, S4-5
TARIKH KUAT KUASA
:
1 JANUARI 2012
SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S4-1: T1).
SYARAT KELAYAKAN
BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
PEPERIKSAAN BAGI
TUJUAN PENGESAHAN
DALAM PERKHIDMATAN
3. Pembantu Antidadah hendaklah lulus peperiksaan yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan sebelum boleh dipertimbangkan untuk pengesahan dalam perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
KE GRED S4-3

4. Pembantu Antidadah Gred S4-1 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Antidadah Gred S4-3 yang kosong apabila telah:-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
KENAIKAN PANGKAT
KE GRED S4-5

5. Pembantu Antidadah Gred S4-3 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Antidadah Gred S4-5 yang kosong apabila telah:-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

PENINGKATAN
SECARA LANTIKAN
KE PERKHIDMATAN
PENOLONG PEGAWAI ANTIDADAH DAN
PENGHULU

6. Pembantu Antidadah yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Antidadah Gred S3-1 atau Penghulu Gred NP3-1 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.

p:s dah boleh lompat p jawatan pengulu ker hehehe 

Sumber SBPA JPA

No comments:

Post a Comment

PROSEDUR KE MASUKAN KE WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2021

 Prosedur Kemasukan ini berkuatkuasa  1 januari 2021 Patuhi Sop ..ingat Kita masih belum menang Kita jaga Kita