aadk Wp.Labuan: LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH AADK KE AADK DAERAH WP LABUAN

Monday, 27 July 2020

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH AADK KE AADK DAERAH WP LABUAN

PERMERKASAAN PROGRAM KAWASAN BERISIKO TINGGI (KBT) LABUAN MELALUI LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH AADK KE AADK DAERAH WP LABUAN

Pada 26 Julai 2020 sempena Lawatan Kerja YDH CP Dato' Sri Zulkifli bin Abdullah ( Ketua Pengarah AADK) ke Negeri Sabah bermula 26 hingga 28 Julai 2020. YDH CP Dato' Sri KP AADK telah menghadiri Program Sembang Santai bersama Komuniti KBT Labuan. 

Program ini turut dihadiri oleh Tuan Abdul Hamediee Ibrahim (Pengarah AADK Negeri Sabah), Tuan Fadzilah Hj Mahmud (Wakil CEO Perbadanan Labuan), Tuan Muhammad Farid Hj Ahmad (Ketua Polis Daerah WP Labuan), Pemimpin masyarakat daripada Pengerusi Zon 1,2 dan 3 serta Ketua Kampung Bukit Kuda, Kampung Gerisik, Kampung Suguking dan Kampung Sungai Bedaun. Turut diadakan penyerahan Sijil KBT Labuan dan Penyerahan Bantuan kepada 10 keluarga OKP Labuan yang disumbangkan oleh Lembaga Zakat WP Labuan.

YDH CP Dato' Sri KP AADK turut meluangkan masa menyampaikan amanat dan kunjungan ramah mesra dengan pegawai AADK Daerah WP Labuan bagi memastikan program KBT Labuan memberi impak dari segi perlaksanaan dan keberkesananya dalam usaha Wilayah Persekutuan Labuan Bebas Dadah.

#KitaJagaKita
#KomunitiKitaTanggungJawabKita

No comments:

Post a comment

PROSEDUR KE MASUKAN KE WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2021

 Prosedur Kemasukan ini berkuatkuasa  1 januari 2021 Patuhi Sop ..ingat Kita masih belum menang Kita jaga Kita