aadk Wp.Labuan: Malaysia Prihatin Tema Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2020

Sunday, 12 July 2020

Malaysia Prihatin Tema Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2020

YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia memperkenalkan Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020 dalam sidang media di Kuching pada akhir rangka lawatan kerjanya ke Sarawak .

Logo berbentuk hati berwarna Jalur Gemilang menjadi pilihan sebagai melambangkan keprihatinan Kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.  

Tema ‘Malaysia Prihatin’ membawa pengertian kesepaduan seluruh rakyat Malaysia memerangi COVID-19 tanpa mengira peringkat masyarakat dan kepedulian Kerajaan melalui inisiatif PRIHATIN yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

4 aktiviti utama akan diadakan sempena Bulan Kebangsaan tahun ini iaitu :

1. Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara (9 Julai - 16 September)
2.  Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang (28 Julai)
3.  Sambutan Hari Kebangsaan (31 Ogos)
4.  Sambutan Hari Malaysia (16 September)

Sibu turut diumumkan sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia yang bakal diadakan pada 16 September ini.

#MalaysiaPrihatin
#KibarJalurGemilang

Sumber : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM

No comments:

Post a Comment

PROSEDUR KE MASUKAN KE WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2021

 Prosedur Kemasukan ini berkuatkuasa  1 januari 2021 Patuhi Sop ..ingat Kita masih belum menang Kita jaga Kita