aadk Wp.Labuan: Tiga Anak Ditahan Aadk

Wednesday, 8 July 2020

Tiga Anak Ditahan Aadk

LULUH hati seorang ibu apabila tiga anak lelakinya ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam serbuan di rumah mereka di Labuan, semalam.

Dalam serbuan jam 1 pagi itu, ketiga-tiga beradik itu antara 11 individu ditahan dalam operasi serbuan diketuai Pegawai AADK Erwan Roslan, selama tiga jam di sekitar pusat bandar Labuan.

Ketua Pegawai AADK Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Hanip Juarip berkata, ketika serbuan dijalankan, ibu berusia 67 tahun itu gagal menahan kesedihan sehingga menangis selepas melihat tiga anaknya ditahan.

Malah katanya, seorang daripada anaknya cuba menyembunyikan diri di atas siling sehingga terpaksa dipujuk oleh ibunya sendiri untuk turun dan memberi kerjasama kepada anggota AADK.

"Cubaan meloloskan diri tiga beradik berusia 29 hingga 47 tahun itu akhirnya tidak berjaya apabila mereka berjaya ditahan pihak berkuasa.

"Ketiga-tiga beradik berkenaan disahkan positif dadah hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap mereka," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Hanip berkata, dalam serbuan lain, AADK turut berjaya menahan keseluruhan lapan individu berusia 22 hingga 53 tahun.

Katanya, semua disiasat mengikut Seksyen 3(1) APD (Rawatan dan Pemulihan) 1983 kerana disyaki penagih dadah.

Sehubungan itu, Mohd Hanip meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgunaan dadah supaya menyalurkan maklumat kepada AADK di talian 087-422977 atau tampil ke mana-mana pejabat AADK berhampiran.

Sumber : Harian Metro


Tiga Anak Ditahan Aadk

No comments:

Post a Comment

PROSEDUR KE MASUKAN KE WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2021

 Prosedur Kemasukan ini berkuatkuasa  1 januari 2021 Patuhi Sop ..ingat Kita masih belum menang Kita jaga Kita