aadk Wp.Labuan: August 2020

Thursday, 13 August 2020

Hari Kebangsaan 2020 : Norma Baharu Catat Sejarah

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟎 : 𝐍𝐎𝐑𝐌𝐀 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐂𝐀𝐓𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇

Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini pastinya melakar sejarah baharu kepada rakyat Malaysia apabila buat julung kalinya, acara perbarisan dan perarakan mengikut norma baharu akan disiarkan melalui saluran televisyen.

Acara itu akan dirakam lebih awal secara berasingan bagi setiap kontinjen yang dikenal pasti bertujuan mengurangkan perhimpunan ramai selain memastikan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan pandemik COVID19 dipatuhi - Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Mohammad Diah Wahari 

𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐢𝐧𝐢, 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐢𝐧𝐢. 𝐀𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐡𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧, 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐛𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢-𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐨𝐧𝐠 𝐀𝐥-𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐑𝐢'𝐚𝐲𝐚𝐭𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧 𝐀𝐥-𝐌𝐮𝐬𝐭𝐚𝐟𝐚 𝐁𝐢𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚 𝐤𝐚𝐰𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐮𝐭𝐚𝐦𝐚.

Seterusnya baginda akan mencemar duli menyaksikan siaran langsung yang akan disediakan pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM).

RTM diberi tanggungjawab menyunting rakaman menggunakan teknologi realiti gabung yang terdiri daripada realiti terimbuh dan teknologi 3D CGI (Imej Janaan Komputer).

Ayuh kita bersama-sama meraikan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-63 dengan menonton siaran RTM agar turut merasai kemeriahannya walaupun tidak dapat menyaksikan perarakan kontinjen beruniform, aset keselamatan dan persembahan acara simbolik secara langsung di lokasi.

𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝐦𝐚𝐫𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐧𝐨𝐫𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐰𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐫𝐚 𝐮𝐦𝐮𝐫, 𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚. 

Hargailah perjuangan pejuang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan negara.

Kementerian Perpaduan Negara 
Jabatan Penerangan Malaysia 
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM 
Jabatan Perdana Menteri 


Sumber : Bernama

Saturday, 8 August 2020

kenali ketum

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG KETUM

#ToStop
#ToDelay
#ToPrevent
#PreventionIsBetterThanCure
#KemakmuranDanKesejahteraanBersama
#BetterKnowledgeForBetterCare

PROSEDUR KE MASUKAN KE WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2021

 Prosedur Kemasukan ini berkuatkuasa  1 januari 2021 Patuhi Sop ..ingat Kita masih belum menang Kita jaga Kita